zwani.com myspace graphic comments

Thursday, November 25, 2010

Syurga Cinta

Fitrah manusia utk memiliki cinta...


Sebagai hamba Allah kita perlu akur bahawa kita tidak dapat lari dari mencintai dan dicintai. EpilogueCinta's blog writer wrote about Cinta Cucu Adam dan Hawa on this entry...Aku ada membaca~ 
Allah menjadikan Hawa seorang wanita dari tulang rusuk Adam sewaktu Adam sedang tidur. Pertama kali Adam a.s memandang Hawa dia terus jatuh hati pada Hawa. Itulah ketentuan Allah. Begitulah jua fitrah Manusia (lelaki dan wanita)..."Cinta itu anugerah" anugerah datang dari Allah...

Cinta lahir di syurga! tempat yang paling mulia. Ketika semua nikmat di syurga dikecapi, nabi Adam masih terasa ada “kekosongan”. Allah Maha Mengetahui isi hati hambaNya, lalu diciptakannya seorang wanita – Hawa, bersama cinta. Lalu kekosongan itu pun terisi. 

Cinta adalah nikmat hati. Dan manusia yang pertama mengecap nikmat itu ialah seorang yang mulia – nabi. 
Dimana? 
= Di syurga
Syurga? 
= Tempat penuh nikmat yang tidak dapat ditanggapi manusia.

Cinta dilahirkan di tempat yang baik  = syurga
dianugerahkan oleh yang Maha baik  = Allah
dinikmati kali pertama oleh orang baik = nabi Adam a.s
diwariskan untuk orang yang baik-baik   = para solihin
Cinta lahir di syurga dan akan berakhir (kembali) ke syurga.

Sucikanlah cinta seperti mula ia dianugerahkan Allah. Manusia yang saling bercinta dengan menjaga kesuciannya akan memasuki syurga. Jika cinta itu tercemar dan tercalar, maka mereka yang bertanggung jawab ke atasnya akan terkecuali daripada memasuki syurga.



Kaum Adam,
Cintai lah seorang wanita dari kaum Hawa kerana Allah. Sekiranya kamu mencintai seorang wanita kerana rupa paras harta kekayaan itulah cinta kerana syaitan laknatullah. Cinta kerana Allah - mencintai wanita kerana agamanya- melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. Pilihlah mereka yang menjaga batas sebagai wanita dan memelihara kehormatan diri.

Kaum Hawa, 
Jagalah batasmu kerana kamu di cipta sebaik-baik ciptaan. Ciptaan Allah yang indah. Maka wajar kamu di lihat indah dipandangan lelaki. Keindahan yang Allah anugerahkan telah ditetapkan hanya halal bagi suami mu. Janganlah sekali perdagangkan dirimu sesungguhnya wanita itu sendiri perhiasan.



Sebenar-benar cinta adalah cinta yang di jaga. Sama ada batas pergaulan, aurat mahupun adab. Cinta kerana Allah ganjarannya Syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai yang indah. Cinta di dunia tidak dapat dibandingkan dengan keindahan Cinta di syurga. Inilah Syurga Cinta.

No comments:

Post a Comment